Tiada Kelewatan Dalam Siasatan Kes Pembunuhan Kevin Morais - KDN

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak timbul soal kelewatan dalam proses penyiasatan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menjawab soalan Chua Tian Chang @ Tian Chua (PKR-Batu) melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, KDN berkata polis menjalankan siasatan sebaik sahaja laporan polis tentang kehilangan Morais dibuat.

"Pihak polis telah melihat semua aspek dalam siasatan yang dijalankan termasuk meneliti semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di laluan yang sering digunakan mangsa.

"Dalam siasatan yang dilakukan, tiada sebarang kelengahan dari segi siasatan sehingga kes berkenaan berjaya diselesaikan," kata kementerian itu.

Chua ingin mengetahui adakah benar dalam penyiasatan pembunuhan Morais, rakaman CCTV hanya disiasat selepas empat hari, dan adakah benar polis tidak menerima memo mengenai kes itu sehingga selepas 48 jam.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas.

Morais dilaporkan hilang pada 4 Sept, dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Pada 5 Okt lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata tiada lagi suspek diburu berhubung kes pembunuhan timbalan pendakwa raya itu, selepas lapan individu didakwa sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Kevin Morais

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan