Nurul Izzah Sebak Ketika Perjelas Pertemuan Dengan Anak Pengganas Sulu

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 12:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengulangi permohonan maaf kepada keluarga mangsa tragedi berdarah di Lahad Datu berhubung kontroversi kunjungannya ke Filipina baru-baru ini.

Kesal dengan tindakannya, anak sulung kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak dapat menahan sebak ketika diberi peluang berucap di Dewan Rakyat pada Khamis.

"Saya berasa amat kesal dan memohon maaf terutama kepada kesemua keluarga mangsa tragedi Lahad Datu, rakyat Sabah dan rakyat Malaysia secara keseluruhan yang terkesan dan marah akibat gambar tersebut.

"Setahun yang lepas saya berikrar akan pertahankan Perlembagaan Persekutaan dan rakyat negara ini terhadap anasir luar dan dalam.

"Ingin saya tegaskan...keinginan saya, dan kesediaan saya sebagai Ahli Parlimen untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk pastikan rakyat Sabah yang masih terkesan supaya kedaulatan negara kita tidak dicabul," katanya dalam nada sebak.

Nurul Izzah berkata demikian ketika menyertai perbahasan terhadap usul untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuannya dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu, Jacel Kiram.

Kontroversi tercetus selepas anak perempuan Jamalul Kiram III itu memuat naik empat keping gambar pada 9 November lepas dalam akaun Facebook yang memaparkan pertemuannya dengan Nurul Izzah.

Perkara itu mendapat reaksi kurang senang dari pelbagai pihak di negara ini.

Tags / Kata Kunci: Sulu , Dewan Rakyat , Lahad Datu

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan