Nurul Izzah Boleh Bawa Jacel Kiram Sebagai Saksi - Azalina - Berita Semasa | mStar

Nurul Izzah Boleh Bawa Jacel Kiram Sebagai Saksi - Azalina

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar boleh membawa anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu, Jacel Kiram sebagai saksi ke pendengaran Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, selain Jacel, naib presiden PKR itu juga dibenar menampilkan bekas presiden Filipina, Joseph Estrada sebagai saksi.

Selain itu menurut Azalina, keputusan merujuk Nurul Izzah kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen tidak bermakna wakil rakyat pembangkang itu bersalah.

"Jawatankuasa akan putuskan sama ada untuk buat hukuman atau terima penjelasan beliau. Hukuman terpulang kepada jawatankuasa," katanya.

Terdahulu Dewan Rakyat meluluskan usul merujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen melalui ubdi belah bahagian.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan