Had Umur Pengerusi JKKK, JKKKP Dinaikkan Kepada 69 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 8:37 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan aplikasi iDesa pada perhimpunan jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKK dan JKKKP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Had umur maksimum Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan JKKK Persekutuan (JKKKP) dinaikkan daripada 65 tahun kepada 69 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun had umur itu bergantung kepada keadaan kesihatan mereka.

"Jangan pilih bulu, kalau nak sambung (had umur), kita sambung kepada semua orang kecuali mereka yang telah uzur dan tidak ada kemampuan.

"Saya cadang supaya had umur ditambah kepada dua penggal iaitu hingga 69 tahun," katanya ketika berucap pada perhimpunan JKKK dan JKKKP Malaysia 2015 di sini, Khamis.

Beliau berkata keputusan itu diharap dapat menyelesaikan isu had umur yang dibangkitkan golongan tersebut.Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi program latihan untuk memperkasakan JKKK dan JKKKP melalui Institut Kemajuan Desa (Infra). 

Beliau berkata sebagai pemimpin akar umbi, JKKK dan JKKKP perlu memainkan peranan penting serta lebih luas dalam membantu kerajaan.

Kata Najib, mereka ibarat tiang seri kepada kerajaan hari ini dan bertindak sebagai pengantara antara kerajaan dan rakyat terutama di kawasan luar bandar.

"Kepimpinan JKKK, JKKKP ibarat pokok di mana tuan-tuan berada di peringkat akar umbi, atau ibarat piramid. Kalau di peringkat 'base' kuat, maka kepimpinan atas tidak mudah ditolak oleh sesiapa," katanya.

Selain itu, beliau berkata mereka juga perlu bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk mendengar masalah penduduk setempat dan menyampaikannya kepada kerajaan."

Jika ada masalah kos sara hidup, tolong sampaikan kepada kerajaan supaya kita boleh hulur bantuan," katanya.

Najib berkata tanggungjawab JKKK dan JKKKP ketika ini cukup mencabar di mana mereka berperanan mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam kampung selain mengetahui masalah di kawasan masing-masing.

Lebih 10,000 pemimpin JKKK dan JKKKP hadir pada perhimpunan itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: JKKK , JKKKP , Perdana Menteri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan