Kanak-Kanak Tidak Bersarapan Lebih Cenderung Obese - Kajian

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 8:53 PM

Dr Tee (kiri), Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Bahagian Pengurusan Sekolah) Dr Zaharian Zainuddin dan Pengurus Bisnes Negara Nestle Breakfast Cereals, Nirmalah Thurai pada sidang media berkaitan sarapan untuk kanak-kanak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Nestl hari ini mendedahkan penemuan penting bahawa kanak-kanak di Malaysia mengalami pemakanan berlebihan dan kurang pemakanan; dan bahawa seorang daripada setiap empat orang kanak-kanak sama ada mengalami berat badan berlebihan atau obese.

Kajian 'MyBreakfast Study of School Children' adalah kaji selidik pertama yang menyeluruh di seluruh negara untuk mengenal pasti tabiat sarapan pagi di kalangan 8,705 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Penyelidik utama MyBreakfast Study dan Presiden NSM, Dr Tee E. Siong berkata tabiat pemakanan sihat tidak diamalkan oleh semua kanak-kanak di negara ini dan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi adalah 1.34 kali lebih cenderung untuk mengalami berat badan berlebihan atau obese.

"Justeru, adalah penting makanan semasa sarapan pagi seimbang dan berkhasiat.

NSM memandang berat insiden malnutrisi di negara ini. Data yang ada menunjukkan bahawa kurang berat badan masih menjadi masalah besar di kalangan sesetengah kanak-kanak di negara ini manakala prevalensi mengalami berat badan berlebihan dan obesiti meningkat pada kadar yang membimbangkan.

"Sudah diketahui umum bahawa amalan pemakanan sihat adalah perlu untuk mencegah kurang pemakanan dan pemakanan berlebihan, usaha untuk memupuk pemakanan optimum harus bermula dari peringkat awal kanak-kanak," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Dr Tee berkata hasil kajian itu menunjukkan bahawa prevalensi obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah dan menengah adalah sama iaitu masing-masing 28.3 peratus dan 28.8 peratus.

Bukan sahaja kanak-kanak Malaysia menghadapi pemakanan berlebihan tetapi juga kurang pemakanan dengan penemuan menyatakan bahawa 6.4 peratus menunjukkan prevalensi badan kurus sementara 7.2 peratus terbantut pertumbuhan.

Beliau berkata berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan kanak-kanak boleh meningkatkan risiko diserang penyakit jantung, kencing manis atau masalah lain berkaitan pemakanan di kalangan orang dewasa.

Walaupun terbantut pertumbuhan juga boleh memberi impak besar, ia menyebabkan kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada jangkitan, meningkatkan kadar ketidakhadiran dan menjejaskan kesejahteraan.

Satu lagi penemuan penting daripada kajian menunjukkan bahawa pengambilan sarapan pagi dikaitkan dengan status berat badan kerana kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan atau obese.

"Bagi hidangan pertama untuk sepanjang hari, adalah penting makanan semasa sarapan pagi harus seimbang dan tidak boleh terlalu manis, masin atau berminyak dan harus mengikut kesesuaian dihidangkan kepada kanak-anak," katanya.

Dr Tee berharap penemuan ini akan menjadi pemangkin kepada pihak berkuasa tempatan bagi membangun secara bersama dan melaksanakan program intervensi untuk meningkatkan status berat badan, pengambilan pemakanan dan tahap aktiviti fizikal kanak-kanak di Malaysia. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Persatuan Pemakanan Malaysia , obese

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan