Bomba Kedah Pohon Balai Baharu Di Langkawi

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 1:23 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah telah mengemukakan permohonan bagi pembinaan sebuah lagi balai di Langkawi sebagai langkah untuk meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan jabatan itu di pulau ini.

Pengarahnya, Ahmad Shahabuddin berkata permohonan berkenaan telah dibuat di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan dicadangkan untuk dibina di mukim Kedawang di bahagian barat pulau ini.

"Kita mengambil kira antara lainnya jarak dan masa bertindak balas selain statistik panggilan kecemasan yang diterima dalam mengemukakan permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan pemeriksaan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon Langkawi di sini.

Selain BBP Zon Langkawi yang terletak di Jalan Ayer Hangat di sini, sebuah lagi balai beroperasi di Persiaran Putra di sini dan Ahmad berkata jabatannya sedang membuat pertimbangan untuk memohon sebuah lagi balai di mukim Padang Matsirat.

Menurutnya jumlah anggota bantuan Bomba dan Penyelamat juga akan ditambah tahun depan bagi membantu anggota tetap jabatan itu dalam menghadapi kecemasan.

Tags / Kata Kunci: Bomba , Kedah , Langkawi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan