Banjir: Kedutaan, Pejabat Konsul Jeneral Terus Kenal Pasti Rakyat Terjejas

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di New Delhi dan pejabat konsul jeneral Malaysia di Chennai akan terus mengenal pasti rakyat Malaysia yang terjejas oleh banjir yang melanda negeri Tamil Nadu dan Andhra Pradesh di India untuk memberi bantuan yang diperlukan.

Dalam kenyataan di sini Khamis, Kementerian Luar berkata pejabat konsul jeneral Malaysia melaporkan bahawa 40 pelajar dari Menakshi Dental College terperangkap dalam bencana alam itu.

Katanya, lapan pelajar kini ditempatkan sementara di pejabat itu dan Kementerian Luar akan terus memantau keadaan.

Menurut kementerian itu, Kerajaan Malaysia juga menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan India dan rakyat negara itu, terutama keluarga mangsa yang terjejas oleh banjir.

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi bilik operasi yang dibuka di pejabat konsul jeneral itu melalui talian telefon +91-44-2433 4434/35/36 atau emel mwchennai@kln.gov.my.

Tags / Kata Kunci: Chennai , Tamil Nadu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan