SPRM Temui PM Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dipercayai menemui Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung wang derma sebanyak RM2.6 bilion.

Abu Kassim dilihat meninggalkan Parlimen sekitar tengah hari, manakala kenderaan yang membawa Perdana Menteri juga kelihatan diletakkan di pekarangan Menara Parlimen.

Pertemuan itu dikatakan berlangsung di pejabat Perdana Menteri di bangunan menara berkenaan.

Beberapa pegawai Kementerian Kewangan juga kelihatan memasuki bangunan itu menggunakan beberapa kenderaan berasingan.

Sumber SPRM memaklumkan, badan berkenaan akan merakamkan kenyataan Najib, bagaimanapun tidak dapat disahkan di mana dan bila ia akan diadakan.

Dipercayai pertemuan hari ini diatur kerana ia sesuai dengan tarikh dan masa untuk SPRM menyoal Najib.

Baru-baru ini Perdana Menteri berkata, beliau akan memberi kenyataan kepada SPRM untuk membantu siasatan berkaitan 1MDB dan anak syarikatnya, SRC International Bhd.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali berkata, beliau akan meminta Najib untuk memenui SPRM bagi mempercepatkan siasatan.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir di Dewan Rakyat pada pagi Khamis untuk menjelaskan isu berkaitan dana berkenaan bagi menggantikan Najib.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan