Tian Chua Dibidas Pertahan Pertemuan Nurul Izzah-Jacel Kiram Di Dewan Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 7:06 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberi penjelasan pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa mengenai peranannya mengadakan pertemuan antara Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, dibidas oleh beberapa Ahli Parlimen termasuk dari Sabah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempersoalkan tindakan Tian Chua mengadakan pertemuan dengan kumpulan yang dianggap musuh negara.

"Yang (Ahli Parlimen) Lembah Pantai (Nurul Izzah) jumpa itu siapa nama keluarga dia? Nama dia Kiram. Bukankah orang yang serang Malaysia nama dia Kiram juga," kata Nur Jazlan.

Nur Jazlan berkata pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan di Sabah pada 2013 telah pun mengaku perbuatan mereka bertujuan mahu menuntut Sabah dan seluruh rakyat Malaysia sudah benci kepada mereka.

"Tetapi Naib Presiden PKR ini boleh ambil gambar sama jumpa dengan anak kepada pengganas tersebut yang sebenarnya menjadi 'enemy of state' kepada Malaysia," katanya.

"Mereka bunuh orang kita secara kejam, potong tangan potong kepala dan sebagainya, ini orang kejam. Jadi kenapa Naib Presiden PKR boleh bersama-sama ambil gambar dengan seorang yang 'enemy of state' ini," kata Nur Jazlan.

Isu berkenaan turut menarik perhatian Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang mempersoalkan tindakan Tian Chua dan menyatakan bahawa rakyat Sabah berasa sakit hati dengan pertemuan itu.

"Apa sebenarnya tujuan (Ahli Parlimen) Batu dan Lembah Pantai bersepakat," katanya sambil menyoal adakah Tian Chua menjadi 'Barua' atau orang tengah untuk pertemuan itu.

"Jadi Lembah Pantai yang digelorakan oleh Batu berjumpa dengan individu yang pernah membunuh rakyat Malaysia di Tanduo, Lahad Datu, adakah ini sebahagian daripada usaha pembangkang untuk menarik minat penceroboh itu masuk balik ke Sabah," katanya.

Terdahulu, Tian Chua ketika membangkitkan perkara itu ketika mencelah ucapan Nur Jazlan Mohamed mendakwa kumpulan yang ditemui Nurul Izzah di Manila adalah sebahagian daripada kerajaan Filipina dan bukannya pengganas.

"Yang self-proclaimed Sultanate of Sulu (mengisytiharkan diri sebagai Sultan Sulu) ini kumpulan yang kita jumpa, mereka sebahagian dari kerajaan Filipina.

Mereka bukan pengganas," katanya.

Beliau kemudian bertanya sama ada kerajaan telah mengenal pasti sama ada kumpulan yang ditemui oleh Nurul Izzah adalah kumpulan yang sama dengan kumpulan pengganas yang menyerang Sabah pada 2013.

Terdahulu, Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata KDN akan membina sebuah penjara baharu di Lahad Datu yang mampu menempatkan sebanyak 1,000 banduan dari Sabah pada awal tahun depan di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Katanya, pembinaan penjara baharu itu bagi menampung lebihan jumlah banduan berbanding kapasiti yang mampu ditampung enam penjara sedia ada di negeri itu sehingga memaksa KDN memindahkan banduan ke penjara di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.

"Berdasarkan statistik terkini Jabatan Penjara, jumlah banduan yang ada di enam penjara di Sabah ialah sebanyak 6,500 orang, melelebihi kapasiti maksimum iaitu 5,000 orang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nurul Izaah Anwar , Tian Chua , Jacel Kiram

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan