Tiada Kenaikan Automatik Kadar Tol PLUS

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 7:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kenaikan secara automatik kadar tol untuk PLUS Highways kerana kerajaan belum membuat keputusan mengenai perkara ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa terdiri daripada pemegang kepentingan utama seperti Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan (MOF), Unit Kerjasama Awam Swasta Pejabat Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Peguam Negara, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Highways Bhd akan ditubuhkan sebelum akhir tahun ini untuk merundingkan semula kadar tol baharu.

Beliau berkata demikian susulan spekulasi dalam media baru-baru ini bahawa kadar tol bagi lebuh raya milik PLUS akan dinaikkan tahun depan.

Fadillah berkata kerajaan pada 2013 telah memberi jaminan bahawa kadar tol antara bandar akan dikurangkan secara beransur-ansur menjelang 2018 dan mengulangi bahawa kerajaan berhasrat untuk memenuhi janjinya.

Beliau juga mengesahkan bahawa PLUS Highways Bhd, yang dimiliki 51 peratus oleh UEM Bhd, 100 peratus syarikat Khazanah Malaysia di bawah MOF dan 49 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah merundingkan semula perjanjian konsesi yang memperuntukkan kenaikan tol lima peratus bagi setiap tiga tahun.

"Perjanjian konsesi PLUS Highways dirundingkan semula berdasarkan  perjanjian konsesi sebelum ini yang membenarkan kenaikan 10 peratus kadar tol setiap tiga tahun seperti diputuskan di bawah Perdana Menteri sebelumnya.

"Apabila PLUS Highways Bhd dimiliki sepenuhnya oleh UEM Berhad dan KWSP pada 2011, perjanjian ini dirundingkan semula dan kenaikan tol dikurangkan kepada lima peratus setiap tiga tahun," katanya.

Fadillah berkata kali terakhir kenaikan tol PLUS Lebuh Raya ialah pada 2005 dan sejak itu, kadar tol tidak dinaikkan walaupun perjanjian memperuntukkan kenaikan tol pada 2008 dan 2011.

"Kerajaan berjaya merundingkan semula dan telah memberi pampasan kepada PLUS Highways Bhd untuk memastikan kadar tol kekal sejak 10 tahun lalu," katanya.

Tags / Kata Kunci: PLUS , PLUS Highways , Fadillah Yusof

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan