Siti Hasmah Lancar Buku Wanita Peneraju Dunia Akademik

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 10:37 PM

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali (tengah) melancarkan buku 'Women Leaders in Malaysian Academia' terbitan bersama Perdana Leadership Foundation (PLF) dan Multimedia University Cyberjaya MMU di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Rabu. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi MMU, Norliza Jaffar (kanan) dan Pengarah Eksekutif PLF, Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebuah buku bertajuk 'Women in Malaysian Academia', yang diterbitkan bagi mengiktiraf sumbangan dan kebolehan wanita yang pernah menyandang jawatan pro-canselor, canselor, naib canselor dan rektor di universiti awam dan swasta Malaysia, dilancarkan pada Rabu.

Buku jenis 'coffee-table' mengenai wanita yang menerajui institusi pengajian tinggi di Malaysia setebal 160 halaman yang pertama kali diterbitkan itu, mengandungi biografi 32 tokoh wanita berserta sebahagian ucapan mereka.

Isteri perdana menteri keempat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, melancarkan buku itu di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) hari ini. Buku itu adalah terbitan bersama YKP dan Universiti Multimedia. 

Dalam ucapannya, Dr Siti Hasmah berkata beliau mendapat idea mengenai penerbitan buku itu beberapa tahun lepas apabila menyedari belum terdapat sebarang buku diterbitkan mengenai wanita yang berkhidmat sebagai canselor, pro-canselor dan naib canselor di universiti Malaysia.

"Saya harap penerbitan ini akan memberi inspirasi kepada wanita Malaysia lain untuk maju dalam kerjaya masing-masing," katanya sambil menjelaskan bahawa buku itu memberi sanjungan dan menonjolkan wanita hebat yang berjaya meredah halangan serta merintis jalan baharu untuk dilalui wanita lain.

Dr Siti Hasmah berkhidmat sebagai canselor Universiti Multimedia selama 15 tahun. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan