Sistem Bayaran Tol Elektronik Sepenuhnya Di LKSA Mulai 13 Jan 2016

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 9:12 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd (Prolintas), pengendali Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), akan melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya di Plaza Tol Alam Impian dan Plaza Tol Seri Muda bermula pukul 12 tengah hari, 13 Januari depan.

Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Zainudin A. Kadir berkata, pelaksanaan ini adalah antara usaha LKSA untuk melancarkan perjalanan pengguna di lebuh raya itu dan selaras dengan usaha kerajaan yang mensasarkan penggunaan sistem pembayaran tol secara elektronik di lebuh raya di negara ini. 

"Langkah ini merupakan satu daripada usaha kami untuk memastikan para pengguna LKSA dapat melalui plaza tol dengan lebih lancar, pantas dan selesa sekali gus diharap akan menyumbang kepada penjimatan masa dan kos," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Zainudin berkata, sebagai insentif kepada pengguna LKSA, pihaknya memberikan kad Touch ‘n Go secara percuma di Plaza Tol Alam Impian dan Plaza Tol Seri Muda di mana pengguna cuma perlu membayar nilai kredit sebanyak RM5. 

Beliau berkata, pihaknya turut menjual Smart Tag bernilai RM99 bermula 13 Disember ini dan bagi mendapatkan promosi Smart Tag itu, pengguna perlu menambah nilai kredit sebanyak RM20 pada kad Touch ‘n Go mereka. 

Dalam pada itu, Zainudin berkata, dalam usaha untuk mempergiat lagi penggunaan kutipan tol secara elektronik, LKSA akan membuka lorong tambah nilai 24 jam di semua arah bagi kedua-dua plaza tol bermula 15 Disember ini.

Pemberitahuan kepada orang awam kini giat dijalankan menerusi laman sosial Twitter iaitu @LKSATrafik, Facebook di PROLINTAS Highways serta di laman web PROLINTAS iaitu www.prolintas.com.my, katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: LKSA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan