PM Bentang Persempadanan Semula Pilihan Raya Sarawak, Cadang Tambahan 11 Bahagian

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 12:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak di Dewan Rakyat, yang menyaksikan cadangan tambahan 11 bahagian.

Najib berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesyorkan jumlah Bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak ditambah sebanyak 11 bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan 82 bahagian.

Katanya syor itu telah diwartakan untuk dikuatkuasakan pada 5 Disember 2014.

"Bahagian pilihan raya yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu," katanya ketika membentangkan usul berkenaan.

Katanya pertambahan bahagian pilihan raya ini akan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk tempatan di Sarawak khususnya penduduk yang berada dalam kawasan bahagian pilihan raya negeri itu.

"Ia akan lebih memudahkan wakil rakyat serta penduduk untuk berinteraksi bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan kebajikan penduduk serta merancakkan lagi pembangunan di kawasan bahagian pilihan raya negeri tersebut," katanya.

Najib berkata bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan, walaupun tiada perubahan bilangan tetapi terdapat perubahan sempadan ke atasnya yang disebabkan oleh pembetulan sempadan bahagian pilihan raya serta pembentukan Bahagian Pilihan Raya Negeri yang baharu.

Katanya, turut disyorkan pindaan nama ke atas satu Bahagian Pilihan Raya Persekutuan di Sarawak iaitu P198 Puncak Borneo di mana nama asal adalah Mambong.

"Disyorkan juga pindaan nama ke atas empat Bahagian Pilihan raya Negeri iaitu N19 daripada Bengoh kepada Mambong, N34 daripada Batang Air ke Batang Ai, N41 daripada Belawai ke Kuala Rajang dan N68 daripada Kidurong ke Tanjong Batu," katanya.

Perdana Menteri berkata pembahagian pemilih berdaftar yang sama rata bagi setiap Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di Sarawak adalah sukar untuk dilaksanakan kerana terdapatnya kawasan luar bandar yang keadaan topografi dan demografinya yang sangat berbeza antara satu sama lain."

Ini secara tidak langsung telah mewujudkan kekangan dari segi lokasi yang terpencil, jarak antara lokasi di kawasan pedalaman yang amat jauh serta jalan perhubungan serta pengangkutan yang terhad.

"Hal demikian menyebabkan konsentrasi penduduk di kawasan bandar adalah jauh lebih tinggi berbanding penduduk di kawasan luar bandar," kata Najib.

Beliau berkata SPR sedaya upaya berusaha untuk meringankan beban wakil rakyat, khususnya bagi kawasan di mana kemudahan perhubungan dan pengangkutan adalah sangat terhad.

"Adalah diharapkan agar syor-syor tersebut dapat membantu wakil rakyat untuk menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan serta meningkatkan taraf ekonomi dan merancakkan pertumbuhan pembangunan di kawasan luar bandar," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengkaji dengan teliti syor-syor yang dibuat dalam laporan tersebut dan tidak mencadangkan apa-apa pengubahsuaian kerana Kajian Semula Persempadanan ini telah dilaksanakan sepenuhnya berlandaskan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri itu kemudian disokong oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , SPR , Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan