Permohonan Baharu BR1M 2016 Dibuka Mulai Sabtu Ini - Husni

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 9:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan baharu bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan akan dibuka mulai Sabtu ini hingga 31 Disember, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 

Beliau berkata selain permohonan baharu, mereka yang ingin mengemaskini maklumat juga boleh melakukannya pada tarikh tersebut dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https//:ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.

Mereka juga boleh mendapatkan borang BR1M 2016 di mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN, katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata, permohonan baharu dan mengemaskini maklumat boleh dilakukan dalam talian.

"Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih," katanya.

Ahmad Husni berkata bagi permohonan baharu, pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

"Penerima sedia ada (2015) juga perlu mengemaskini maklumat terkini untuk memudahkan proses bayaran," katanya.

"Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. Bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016," katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau email kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama

Tags / Kata Kunci: BR1M

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan