Peniaga Vape Di Johor Bingung

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 9:05 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tinggal sebulan sebelum vape diharamkan di negeri ini, peniaga-peniaga cuba untuk menghabiskan stok seperti peranti vape, perasa dan aksesori dengan menawarkan diskaun sehingga 70 peratus.

Lebih 100 daripada 550 peniaga di pasar malam di sini telah menjual vape sejak enam bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Peniaga Bazar JB, Mohammad Salezan Mohd Salleh berkata kebanyakan ahlinya rungsing dengan pengumuman mengenai larangan itu.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengharamkan vape di negeri ini dan semua premis perniagaannya perlu ditutup bermula 1 Januari ini.

Mohammad Salezan berkata notis singkat itu meletakkan peniaga dalam keadaan serba salah.

"Mereka hanya mahu kembalikan modal sebelum pengharamannya dilaksanakan. Ada yang berharap untuk menjual barangan mereka secara pukal kepada peniaga di luar Johor.

"Ada juga yang merancang untuk memindahkan perniagaan mereka ke negeri-negeri lain atau kembali ke perniagaan mereka sebelum ini seperti menjual pakaian, beg, jam tangan atau kasut," katanya.

Mohammad Salezan berkata, terdapat lima peniaga yang sebelum ini menjual barangan lain mula menceburi perniagaan vape sejak akhir-akhir ini sementara peniaga lain hanya berniaga vape dan jus cecairnya secara tumpangan.

"Ada yang membelanjakan lebih daripada RM200,000 untuk memulakan perniagaan vape mereka selepas melihat industri berkenaan mula berkembang pesat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Vape

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan