Kata Dua Kepada PKR: Pakatan Harapan Atau PAS?

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 7:12 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: PAS Perak meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan pendirian mereka sama ada mahu bersama PAS atau Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata jika PKR enggan bersama PAS, parti itu akan meletakkan calonnya di semua kerusi yang dipertandingkan sama ada pada peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

"Kalau PKR kata dia nak duduk bersama AMANAH (Parti Amanah Negara) tetapi dalam masa yang sama dia mahu bekerjasama dengan kita, tak bolehlah nak makan dua belah, dia kena pilih satu.

"PKR perlu ada pendirian tetap sebab kita nak mulakan kerja persiapan (PRU Ke-14). Kita mahu pastikan sama-sama buat kerja, tak nak waktu akhir baru nak datang calon," katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata PAS Perak sedang membuat persiapan membina semula persepsi rakyat untuk mewakili pelbagai kaum menjelang pilihan raya akan datang.

Satu jawatankuasa khas akan ditubuh melalui Lajnah Perpaduan Nasional bagi mencari calon kepimpinan dalam kalangan bukan Islam yang akan diketuai bekas ADUN DAP Sum Cheok Leng, katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , PKR , Parti Amanah Negara , Pakatan Harapan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan