Najib Ucap Takzaih Kepada Keluarga Mariani - Berita Semasa | mStar

Najib Ucap Takzaih Kepada Keluarga Mariani

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 7:16 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati Mariani, yang meninggal dunia pada Selasa malam, akibat kanser usus.

Menerusi catatan di laman sosial Twitter miliknya, Najib berkata lakonan Allahyarhamah dalam filem-filem yang dibintanginya masih diingati beliau.

"Saya masih ingat lakonan seniwati Mariani dalam filem seperti Labu Labi dan banyak lagi. Semoga roh Allahyarhamah dirahmati. Al-Fatihah," katanya.

Mariani atau Mariam Ismail, 82, meninggal dunia di kediamannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul pada 7.32 malam, Selasa.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Mariani
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan