Vape: Terengganu Mohon Jabatan Mufti Lakukan Kajian

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan memohon kepada Jabatan Mufti Terengganu untuk membuat kajian mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape sebelum mengambil apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata kajian itu akan dilakukan oleh pakar yang berkelayakan dalam bidang mereka untuk memudahkan Jabatan Fatwa Terengganu mengeluarkan fatwa mengenai penggunaan rokok elektronik itu.

"Buat masa sekarang, kerajaan negeri tidak akan mengikut langkah negeri lain yang mengharamkan penggunaannya dan sepanjang pengetahuan saya, Majlis Fatwa Kebangsaan juga belum mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu," katanya ketika berucap dalam sesi penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini, Rabu.

Terdahulu, dalam sesi perbahasan, Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi) mahukan penjelasan kerajaan berhubung penggunaan vape di Terengganu memandangkan ramai usahawan muda terlibat dalam penjualan rokok elektronik itu.

Kata Muhammad Pehimi lagi, ketika ini peraturan penjualan vape adalah tertakluk kepada Akta Racun 1952 kerana ia mengandungi nikotin yang hanya boleh dijual oleh farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

Mengulas mengenai Bajet 2016 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pula, Muhammad Pehimi yang juga Adun Jerteh berkata banyak penambahbaikan diberikan kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat walaupun terdapat pengurangan dalam perbelanjaan negeri.

"Antaranya insentif kelahiran untuk ibu yang melahirkan bayi ketujuh hingga ke 10 dalam keluarga mereka iaitu pemberian Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I).

"Bagi anak ketujuh, bayi itu akan menerima insentif sebanyak RM200, anak kelapan (RM300), anak kesembilan (RM400) dan anak ke-10 (RM500)," katanya.

Selain itu, nasib 27,630 ibu dan bapa tunggal akan tetap diteruskan melalui program pembangunan yang dirangka untuk mereka melibatkan peruntukan RM1.86 juta, begitu juga dengan Program Perkahwinan Perdana Generasi TTB yang akan mampu meringankan beban kewangan sekurang-kurangnya 240 bakal pengantin baharu di seluruh Terengganu, katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: vape , Terengganu , mufti

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan