Kelantan Pertimbang Haramkan Vape, Umum 16 Disember Ini - Berita Semasa | mStar

Kelantan Pertimbang Haramkan Vape, Umum 16 Disember Ini

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Penggemar vape di Kelantan mungkin akan menghadapi situasi sama di Johor apabila kerajaan negeri itu telah mengambil langkah untuk tidak meluluskan premis baharu yang menjual rokok elektronik itu.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan muktamad sama ada akan membenarkan penjualan peranti, cecair dan peralatan lain akan dibuat pada 16 Disember ini.

"Buat masa ini, semua kerajaan tempatan tidak akan meluluskan permit atau lesen niaga untuk pengusaha vape, ia berkuatkuasa serta merta.

"Notis sudah diedarkan kepada semua pengusaha supaya menurunkan papan tanda, bunting kerana tidak lagi dibenarkan untuk mengiklankan perniagaan mereka.

"Vape lebih canggih berbanding shisha yang telah diharamkan beberapa tahun lalu dan ada laporan bahawa peralatan vape disalah gunakan," kata Abdul Fattah selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Beliau menambah, kerajaan akan mengumpul maklumat dan kajian klinikal sebelum membuat keputusan sama ada akan mengharamkan vape dan penjualannya di negeri berkenaan.

Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengarahkan semua premis vape ditutup bermula 1 Januari 2016.

Bagaimanapun, setakat ini kerajaan Selangor dan Kedah memaklumkan untuk tidak mengikut jejak Johor mengharamkan vape di negeri berkenaan.

Menjawab soalan, Abdul Fattah berkata, beliau tidak dapat menyatakan sama ada Kelantan akan mengikut langkah kerajaan Johor kerana kajian terperinci perlu dijalankan terlebih dahulu.

"Kerajaan akan ambil kira pandangan pihak berkuasa kesihatan dan mufti negeri sebelum memutuskan untuk mengharamkan atau membenarkan perniagaan vape diteruskan," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , vape , Abdul Fattah Mahmood
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan