KLIA2 Kecoh Gara-Gara Juruterbang Selesema

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 10:14 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beratus-ratus penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang pada Selasa selepas ramai juruterbang AirAsia dilaporkan sakit.

Beberapa penerbangan dibatalkan malah ada yang ditangguhkan hingga memaksa penumpang bermalam di lapangan terbang.

Walaupun kebanyakan penerbangan yang terjejas adalah bagi perjalanan tempatan, penerbangan antarabangsa yang turut dilaporkan dibatalkan adalah untuk ke Lapangan Terbang Don Meuang di Bangkok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata sekurang-kurangnya 12 juruterbang menghidap selesema.

Jadual penerbangan menjadi kecoh selepas penerbangan terpaksa dijadualkan semula.

Beberapa penumpang diberitahu bahawa penerbangan mereka dipindahkan ke penerbangan lain tetapi kemudiannya dibatalkan.

Tags / Kata Kunci: AirAsia

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan