Jadual Kerja Baharu, Juruterbang Sakit Punca Operasi AirAsia Terjejas - Fernandes

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sistem jadual kerja AirAsia yang baharu dan 11 juruterbang untuk penerbangan malam dilaporkan sakit menjejaskan operasi syarikat itu pada Selasa, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.

"Ia adalah hari yang menakutkan dengan sistem baharu dan 11 juruterbang untuk penerbangan malam tidak sihat.

"Ia sesuatu yang sukar untuk diuruskan, bagaimanapun pasukan kami melakukan yang terbaik. Pada masa sama masih banyak yang boleh diperbaiki," katanya kepada Star Online pada Rabu.

Beliau menambah, khabar mengenai tindakan yang akan diambil adalah sesuatu yang tidak masuk akal kerana syarikat itu tidak mempunyai kesatuan sekerja sejak 14 tahun lalu.

"Saya berbangga dengan semua juruterbang kami kerana mereka menjalankan tugas dengan profesional. Semuanya kembali seperti biasa di KLIA2 hari ini," katanya lagi.

Ratusan penumpang terkandas di terminal tambang murah selepas juruterbang AirAsia dilaporkan sakit kerana selesema pada Selasa.

Antara penerbangan yang tergendala termasuk ke Kota Baru, Tawau, Don Mueang dan Chiangmai di Thailand dan Jakarta, Indonesia.

Beberapa penerbangan dibatalkan, manakala bakinya ditunda menyebabkan penumpang terpaksa menginap di lapangan terbang.


Tags / Kata Kunci: AirAsia , Tony Fernandes

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan