Penumpang ERL Perlu Bayar RM55 Sehala Bermula 1 Januari

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 10:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mulai 1 Januari depan, penumpang Express Rail Link (ERL) perlu membayar jumlah tambahan sebanyak RM20 kepada harga asal bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi kenyataan pada Isnin, Express Rail Link Sdn Bhd berkata tambang baharu bagi perjalanan sehala laluan berkenaan akan meningkat menjadi RM55 sehala.

Kenyataan itu menyebut semakan tambang terkini tersebut telah diluluskan kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berdasarkan Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

"Ini adalah harga diskaun selepas ERL diberi kuasa untuk menyemak semula tambang kepada RM64 berdasarkan syarat-syarat perjanjian konsesi.

"Bagaimanapun kami lakukan penstrukturan tambang baharu dengan mengutamakan pelanggan. Kami sedar bahawa kos sara hidup yang meningkat adalah satu cabaran," demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif ERL Sdn Bhd, Noormah Mohd Noor.

Selain itu Noormah memberitahu bahawa ERL juga sedang bekerjasama dengan rakan pernigaannya untuk menawarkan diskaun kepada pengguna.

"Kami sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kami seperti MasterCard untuk menawarkan diskaun yang menarik. Sebagai contoh, penumpang yang hendak ke lapangan terbang menggunakan KLIA Ekspres boleh membayar serendah RM40 setiap perjalanan, iaitu hanya RM5 lebih daripada tambang lama RM35.

"Kami akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kesan tanpa menjejaskan standard perkhidmatan dan keselamatan," tambah beliau.

Penumpang juga digalakkan untuk membeli tiket secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih dan dari kiosk ERL kerana mereka dapat menikmati potongan 10 peratus.

Pengguna Touch 'n Go akan dapat menikmati potongan 10 peratus dalam tempoh promosi manakala pelancong boleh berjimat sebanyak RM10 dengan membeli tiket pergi balik antara KL Sentral dan lapangan terbang.

Warga emas dan orang kurang upaya akan terus menerima diskaun 30% untuk tambang sehala menggunakan KLIA Transit, katanya.

Ini adalah semakan pertama harga tiket ERL sejak ia mula beroperasi hampir 14 tahun yang lalu.

Tags / Kata Kunci: ERL , SPAD

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan