Kerajaan Siasat Dakwaan Jualan Kad UNHCR Palsu

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan siasatan dakwaan mengenai penjualan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) palsu kepada pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan memantau keadaan itu dan satu laporan polis telah dibuat supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terlibat.

"Kita telah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membuat laporan polis supaya polis boleh melakukan siasatan. Jika kita melihat kepada keadaan di hadapan pejabat UNHCR setiap hari, ribuan orang beratur setiap untuk memohon kad berkenaan.

"Tetapi apabila mereka keluar dari pejabat itu, kita tahu tiada seorang pun yang mempunyai dokumen yang sah. Adalah sukar untuk menjelaskan status mereka maka kita membuat laporan untuk menghentikan penjualan kad itu," katanya kepada William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) semasa sesi soal jawab di Parlimen pada Selasa.

Leong bertanyakan kepada kerajaan untuk mendedahkan tindakan yang diambil terhadap dakwaan kad UNHCR palsu yang dijual antara RM1,500 dan RM3,500.

Shahidan berkata, kerajaan mahu menghentikan lebih banyak pelarian memasuki negara ini dengan permohonan kad UNHCR.

"Ini tidak sepatutnya berlaku. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai rekod jenayah lampau di negara ini dan begitu mudah memohon kad supaya mereka akan mendapat perlindungan dengan menggunakan kad UNHCR," katanya.

Beliau juga akan membincangkan dengan perdana menteri sama ada membenarkan pelarian untuk bekerja di sektor tertentu di negara ini.

"Ini kerana mereka sudah berada di sini... berbanding membawa lebih ramai pekerja dari luar," katanya.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai kad UNHCR boleh menetap di negara ini buat sementara waktu sebelum dihantar ke negara asal.

Menurut statistik UNCHR Malaysia, terdapat seramai 154,219 pelarian berdaftar, dengan lebih 90 peratus dari Myanmar setakat 31 Oktober lalu.

Tags / Kata Kunci: UNHCR , pelarian

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan