Pemuda Pulang Dari UK Naik Basikal Tiba Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 4:03 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Pemuda Malaysia yang berbasikal dari United Kingdom (UK) untuk pulang ke Malaysia dalam 'Projek Perjalanan Pulang' itu tiba di Bukit Kayu Hitam selepas menamatkan kayuhannya sejauh 27,600 kilometer.

Muhammad Adib Mohamad Ali, 26 dari Taman Rinting, Johor tiba di Kompleks Kastam, Imigresen Dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam pada pukul 8.53 pagi untuk disahkan dokumennya oleh pegawai bertugas.

Dia disambut oleh ibu bapanya Mohamad Ali Hassan, 56 dan Siti Aishah Abd. Rahman, 56, kakak sulungnya, Nurul Ain Mohamad Ali, 28, adik lelaki Mohamad Syahmi Mohamad Ali, 24, dan adik perempuannya Nurul Najihah Mohamad Ali, 18.

Muhammad Adib ialah graduan diploma Keselamatan Rangkaian dari Malaysian-Germany Institute (GMI), Bangi.

Dia berjaya menamatkan misi berbasikal dan memenuhi impiannya untuk berbasikal menyeberangi 21 negara dari London selepas mula pada Ogos 2014.

Antara negara yang diseberanginya adalah Uk, Perancis, Belgium, Luxembourg, Frankfurt, Jerman, Republik Czech, Austria, Switzerland, Itali, Croatia, Herzegovina, Montenegro, Albania, Macedonia, Bulgaria, Turki, Kyrgyzstan, China, Vietnam, Laos, Cambodia dan Thailand.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Bukit Kayu Hitam

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan