Produk Vape Di Johor Dijual Murah - Berita Semasa | mStar

Produk Vape Di Johor Dijual Murah

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 9:57 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedai menjual rokok eletronik atau vape di Batu Pahat menawarkan diskaun terhadap produk mereka berikutan titah Sultan Johor yang mahu kesemua premis berkenaan menghentikan operasi bermula 1 Januari 2016.

Media melaporkan salah seorang pemilik kedai dipetik sebagai berkata, dia memutuskan untuk menjual produknya pada kadar diskaun untuk meminimumkan kerugiannya berikutan larangan yang tidak dijangka itu.

Cheng Ming Rong, 27, yang membuka kedainya pada Julai lalu berkata, dia dan rakan niaganya akan mematuhi perintah Sultan.

Jelasnya, dia berharap untuk menjual kesemua produknya dalam masa sebulan.

Bagaimanapun, Ming Rong berharap kerajaan akan mengawal selia penjualan produk vape dan bukannya mengadakan laram terhadap barangan itu sepenuhnya.

Dia menganggarkan terdapat kira-kira 20 kedai vape di Batu Pahat ketika ini.

Tags / Kata Kunci: vape
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan