Peguam Amerik Sidhu Nafi Ada Maklumat Pemacu Pena

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 2:27 PM

Amerik Sidhu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peguam Amerik Sidhu menafikan mempunyai sebarang maklumat berhubung kandungan pemacu pena yang didakwa diberikan kepada anak guamnya, Charles Morais oleh abangnya dan timbalan pendakwa raya, Datuk Anthony Kevin Morais sebelum dibunuh.

"Saya tidak tahu. Saya tidak tahu apa-apa mengenai hal itu," katanya kepada The Star Online pada Selasa.

Menurut Sidhu, Charles hanya memaklumkan beliau mengenai kewujudan pemacu pena berkenaan.

Dalam satu akuan berkanun yang dikeluarkan pada Isnin minggu lalu, Charles mendakwa Kevin memberitahunya bahawa dia sedang mengendalikan satu kes melibatkan ahli politik tertinggi dan isteri.

Charles turut mendakwa abangnya telah memberikannya pemacu pena berkenaan untuk disimpan dengan selamat sebulan sebelum beliau dibunuh.

Pada Ahad lalu, polis mengumumkan bahawa Sidhu akan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung akuan berkanun yang ditandatangani oleh Charles.

Bagaimanapun, pertemuan tersebut telah diubah tarikh kepada dua hari lagi.

"Mereka telah membatalkan pertemuan dengan saya hari ini. Inspektor yang melakukan tugas ini sibuk. Ia akan ditukarkan kepada Khamis ini," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menggesa Charles supaya berkongsi maklumat dengan polis dengan mengatakan bahawa kegagalan untuk berbuat demikian sama seperti menyimpan bukti, yang menjadi satu kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Amerik Sidhu , Charles Morais

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan