Najib Tidak Hadapi Masalah Untuk Ke AS

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 10:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghadapi sebarang masalah semasa melakukan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Malah sehingga kini, kerajaan tidak menerima sebarang panggilan dari wakil kerajaan Amerika Syarikat sama ada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) atau Jabatan Keadilan berhubung dakwaan rasuah melibatkan Najib, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

"Sehingga kini, tidak ada wakil kerajaan Amerika Syarikat, sama ada FBI atau Justice Department yang telah menghubungi Perdana Menteri berkaitan isu ini," katanya.

Nurul Izzah ingin mengetahui mengenai jaminan kerajaan bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai risiko ditangkap semasa lawatan rasmi ke Amerika Syarikat berikutan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas dakwaan rasuah kononnya melibatkan Perdana Menteri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan