Najib Luang Masa Dengar Kisah Inspirasi

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 9:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa meluangkan masa beramah mesra dan mendengar kisah inspirasi bersama pemegang biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) di bangunan Menara Parlimen, di sini.

Seramai lima pemegang biasiswa berkongsi kisah hidup dan kejayaan mereka dalam bidang masing-masing selepas dibiayai yayasan itu pada satu majlis yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Rata-rata penerima biasiswa tersebut melahirkan penghargaan terhadap yayasan itu dan turut terharu mendapat peluang berkenaan untuk berkongsi kisah hidup mereka dengan pemimpin nombor satu negara.

Faiz Alian Mohd Zamre, 15, pelajar Tingkatan Tiga yang datang dari keluarga kurang mampu dan dibesarkan oleh ibu tunggal berkata biasiswa Peneraju Tunas Geliga yang diterima banyak membantu meringankan bebannya.

Menerusi biasiswa itu, katanya, beliau mampu meneruskan pengajiannya sehingga melayakkan diri meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pasir Tumboh, Kelantan.

"Melayakkan diri ke MRSM adalah impian saya sejak di bangku sekolah rendah lagi dan dengan biasiswa ini saban tahun banyak meringankan beban ibu saya yang merupakan tulang belakang keluarga," katanya yang bercita-cita menjadi seorang jurutera.

Bagi Nuraini Gastan, 20, pula melahirkan rasa sangat bertuah kerana diterima sebagai pemegang biasiswa Peneraju Skill di bawah Yayasan Peneraju yang telah mengubah kehidupan keluarganya.

Menceritakan kisahnya yang sebelum ini bekerja sebagai penari kebudayaan dan menerima gaji RM600 sebulan, katanya, beliau kini menjawat jawatan di sebuah hotel di ibu negara dengan pendapatan RM2,400 sebulan selepas mengikuti program 'Executive Certificate in Front Office Operations' di bawah yayasan itu.

"Saya bersyukur kerana kini saya boleh membantu keluarga dan menanggung persekolahan adik saya dengan gaji yang diperoleh dan saya amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan peneraju, saya harap lebih ramai golongan seperti saya dibantu dengan program ini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima biasiswa Peneraju Profesional, Nur Atikah Paimin berkata bantuan yang diperoleh membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk bergelar akauntan.

"Sebelum ini saya mengambil jurusan kejuruteraan yang saya fikir bagus untuk kemahiran berfikir saya, tetapi merasakan negara masih kekurangan akauntan bertauliah, saya menyahut cabaran untuk menambah kemahiran saya dengan biasiswa yang diperoleh kini," katanya.

Terdahulu, Najib turut menghadiri mesyuarat bersama anggota lembaga pemegang amanah yayasan tersebut bagi membincangkan kemajuan dan hala tuju Yayasan Peneraju.

Yayasan Peneraju merupakan agensi di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan pada 2011 untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera melalui pendidikan akademik dan vokasional selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.

Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Raja Azura Raja Mahayuddin ketika ditemui pemberita berkata, sejak ditubuhkan seramai 7,000 bakat Bumiputera mendapat faedah daripada program anjuran yayasan itu.

Katanya, yayasan mempunyai pelan tindakan dengan sasaran untuk mencapai 40,000 bakat Bumiputera dibantu menerusi pelbagai program anjuran yayasan menjelang 2020.

"Jika ingin mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, kita perlu memastikan bahawa negara mempunyai bilangan tenaga kerja mahir dan profesional yang mencukupi dalam pelbagai bidang," kata Raja Azura sambil  berharap lebih ramai lagi bakat akan dibantu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan