Trail Baharu Kinabalu Dibina Dengan 'Kasih Sayang', Dapat Jimatkan Kos

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Kos pembinaan trail baharu ke puncak Kinabalu berjaya dijimatkan dan tidak mencecah setengah juta ringgit.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata setelah pengiraan dibuat, kos itu agak mengejutkan berbanding kerosakan trail akibat gempa bumi yang menggegarkan daerah Ranau Jun lalu.

"Kos keseluruhan pembinaan ini adalah kurang dari RM400,000 ribu.

"Saya kira ia adalah rendah kerana semua yang terlibat dengan tugas ini menjalankan tugas membina trail yang rosak dengan penuh kasih sayang," katanya sebelum melakukan pelepasan pasukan pertama pendaki trail Ranau yang mula dibuka kepada umum untuk pendakian pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais.

Pendaki berehat di kilometer 4 trail baharu.


Menurut Masidi beliau percaya mereka yang terlibat dalam pembinaan trail ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan ia siap mengikut perancangan.

"Satu kerja baik dilakukan oleh majoriti penduduk tempatan khususnya malim gunung.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat, saya percaya mereka melakukan ini bukan kerana mahukan keuntungan atau sebagainya," katanya.

Sebelum melakukan pelepasan, Masidi sempat mengumumkan kadar baharu untuk malim gunung yang dinaikkan berkuatkuasa 1 Disember 2015.

Katanya, malim gunung juga akan dilindungi dari segi insurans untuk sepanjang tahun.

"Oleh itu malim-malim gunung akan dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih baik dengan mengambil kira kebajikan mereka," katanya.

Pendaki bergerak meninggalkan check point Layang-Layang.


Sementara itu Jamili berkata pihaknya telah membeli kayu-kayu baharu untuk pembinaan trail baharu ini.

Tetapi katanya, terdapat juga kayu-kayu lama yang digunapakai semula.

Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu , Taman-Taman Sabah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan