Kinabalu Akhirnya Sedia Terima Tetamu, Trail Baharu Lebih Indah

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 9:00 AM

Datuk Seri Masidi Manjun (empat, kiri) dan Dr Jamili Nais (empat, kanan) di Timpohon Gate, lokasi pelepasan kumpulan pertama pendaki yang menaiki puncak Kinabalu menggunakan trail Ranau.

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Puncak Kinabalu kini bersedia menerima pendaki setelah ditutup hampir enam bulan ekoran gempa bumi 5.9 skala Richter yang melanda daerah Ranau, 5 Jun lalu.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais berkata, trail baharu (trail Ranau) untuk ke puncak Kinabalu kini telah 90 peratus siap dan boleh digunakan pendaki selepas rosak akibat runtuhan tanah dan bongkah batu.

Katanya, kerja-kerja pembinaan trail baharu itu dimulakan pada 22 September lalu dan berjaya siap mengikut perancangan tarikh pembukaan iaitu pada 1 Disember 2015.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pasukan pembinaan dan hasil (trail) yang ditunjukkan.

“Walaupun mereka berdepan cabaran seperti cuaca, altitud tinggi, masalah mengangkut kayu Belian, malah ada juga yang jatuh sakit, trail ini dapat juga disiapkan dengan baik mengikut perancangan” katanya kepada mStar Online, Selasa.


Beliau ditemui di Timpohon Gate, lokasi pelepasan kumpulan pertama pendaki yang menaiki puncak Kinabalu menggunakan trail Ranau di mana Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun melakukan flag off pendakian.

Menurut Jamili, pasukan pembinaan dan restorasi trail ini terdiri daripada renjer taman, malim gunung dan penduduk kampung seramai lebih kurang 40 orang.

Dari segi keselamatan beliau berkata laluan ini telah melalui proses penilaian, pemeriksaan, pembaikan dan maklum balas terakhir oleh sekumpulan pakar yang membuat pendakian pada 29 dan 30 November, dua hari sebelum trail ini dibuka secara rasmi.

"Aktiviti pendakian semestinya ada risiko, kita tak boleh menghapuskannya. Tetapi kita telah cuba meminimumkannya untuk memberi kemudahan dan memastikan keselamatan pendaki," katanya.

Mengenai bentuk muka bumi dan cabaran di laluan baharu ini, beliau berkata, laluan baharu ini lebih curam dan panjang berbanding trail lama tetapi memberikan kelebihan dari segi landskap dan pemandangan.

“Di beberapa bahagian anda boleh lihat Laut China Selatan, bandar Ranau dan Kundasang, malah pemandangan seluruh gunung,” katanya.

Katanya, buat masa ini hanya satu trail sahaja dibuka kepada pendaki, di mana pendakian bermula dari Timpohon Gate, ke Laban Rata, sebelum mereka meneruskan pendakian ke puncak gunung.

Peta laluan ke puncak Kinabalu.

Katanya, satu lagi laluan lama iaitu Mesilau masih tidak dapat digunakan dan ditutup untuk pendakian kerana kerosakan teruk akibat gempa bumi. 

Jelasnya, pembinaan dan kerja-kerja pembaikan akan dijalankan berdasarkan tiga fasa dan trail Ranau berada dalam fasa 2a.

Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Keindahannya menjadi perhatian pencinta dan pendaki gunung seluruh dunia.

Tragedi gempa bumi yang menggegarkan Sabah itu telah meragut 18 nyawa serta mengakibatkan kerosakan harta benda di kawasan terjejas bencana, terutama di Ranau.

Salah satu ‘Donkey Ears’ di puncak yang menjadi ikon Kinabalu telah patah dan musnah sama sekali.

Daripada 18 mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi itu, sembilan daripadanya adalah warga Singapura, enam warga Malaysia, seorang masing-masing dari Jepun dan China manakala seorang merupakan warga Filipina yang menjadi residen tetap di Singapura.

Tags / Kata Kunci: Kinabalu , Dr Jamili Nais , Masidi Manjun

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan