Dewan Rakyat Lulus Bajet 2016

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa malam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 selepas dibahaskan sejak 26 Oktober lepas.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undian suara dengan menyaksikan lebih suara yang menyokong berbanding yang membantah.

Sebelum itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan rang undang-undang untuk bacaan kali ketiga yang kemudiannya disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lepas dan diluluskan di peringkat dasar pada 16 November lepas.

Ia kemudian dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama sembilan hari bermula 17 November sebelum diluluskan kira-kira 10.35 malam ini di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Rang undang-undang itu bertujuan memperuntukkan RM267.22 bilion untuk perbelanjaan kerajaan tahun depan.

Persidangan dewan bersambung esok.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2016

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan