Bank Negara Masih Cari Dua Bekas Eksekutif Kanan 1MDB

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara masih mencari dua individu yang pernah menyandang jawatan eksekutif kanan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953.

Satu notis mengenai Casey Tang Keng Chee, 50, dan Jasmine Loo Ai Swan, 42, dimuatkan dalam laman sesawang amaran penipuan bank itu sejak Julai lepas.

"Kami belum dapat menghubungi mereka secara langsung," kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada media selepas merasmikan Iclif Leadership Energy Summit Asia 2015 di sini pada Selasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang dua individu itu boleh menghubungi Bank Negara melalui talian 03-26988044 sambungan 8554/7610 atau membuat laporan di balai polis terdekat, kata laman sesawang itu, http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0302_seen.htm.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan