1MDB: Arul Kanda Hadir Prosiding PAC - Berita Semasa | mStar

1MDB: Arul Kanda Hadir Prosiding PAC

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 11:12 AM

Arul Kanda Kandasamy.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen pada Selasa.

Beliau yang tiba pada kira-kira pukul 10.20 pagi ditemani oleh beberapa kakitangan dan pegawai perundangan dari 1MDB.

"Ya, kita telah bersedia untuk prosiding," kata Arul Kanda kepada pemberita.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dipanggil berhubung siasatan PAC terhadap pengurusan dan kewangan syarikat berkenaan.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata, laporan penuh jawatankuasa itu mengenai prosiding 1MDB dijangka siap pada Mac tahun depan.

Tags / Kata Kunci: Arul Kanda Kandasamy , PAC , 1MDB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan