PLUS Benarkan Kenaikan Kadar Tol Lima Peratus Setiap Tiga Tahun

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar bayaran tol PLUS  Expressway Berhad dijangka akan naik lima peratus tahun hadapan berikutan semakan semula perjanjian pemegang konsesi lebuh raya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, PLUS kemungkinan akan membenarkan kenaikan kadar tol sebanyak 5 peratus setiap tiga tahun bermula 2016 sehingga tamat tempoh konsesi pada tahun 2038.

"Bagaimanapun kerajaan akan mempunyai kuasa untuk menilai permohonan kadar kenaikan tol PLUS selepas mengambil kira Indeks Harga Pengguna dan pengesahan jumlah audit trafik.

"Ini bermakna, ia tidak akan ada kenaikan secara automatik," jelasnya menjawab soalan yang diajukan oleh Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) di Parlimen pada Isnin.

Jelas beliau, syarat-syarat baharu kajian semula tempoh konsesi itu tidak termasuk pengurusan PLUS Jambatan Pulau Pinang.

Beliau berkata, PLUS  telah melaksanakan kadar tol 2015 berdasarkan kajian perjanjian konsesi pada tahun 2011. 

Katanya, kenaikan yang dibenarkan sebelum ini ialah 10% setiap tiga tahun berdasarkan pengiraan 13.96 sen bagi setiap kilometer.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Haji Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), Rosnah berkata PLUS hanya mendapat keuntungan selepas cukai RM8.4 juta daripada jumlah RM2.16 bilion hasil kutipan keseluruhan tol tahun lepas.

Menurut Rosnah, ia berdasarkan kepada 506 juta buah kenderaan yang menggunakan lapan lebuh raya di bawah pengurusan PLUS pada 2014.

Katanya, sebahagian besar daripada hasil kutipan syarikat itu digunakan untuk membayar balik pinjaman (50%) dan selebihnya digunakan sebagai kos operasi dan penyelenggaraan (20% hingga 25%), kerja-kerja menaiktaraf (15%) dan pulangan kepada pemegang saham (10%).

Rosnah berkata, PLUS dimiliki Khazanah Nasional Berhad (51%) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (49%).

Isnin lalu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan kepada Parlimen bahawa RM214 juta  telah diperuntukkan di bawah Bajet 2016 untuk membayar pampasan kepada PLUS.

Beliau berkata, pampasan itu adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa kadar tol tidak dinaikkan secara maksimum oleh pengendali lebuh raya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan