Tiada Perubahan Kedudukan Kerusi Timbalan Presiden Pada PAU - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 12:41 PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis disambut para pegawai kedutaan Malaysia semasa tiba di Rome untuk melakukan lawatan kerja tiga hari ke Itali bermula Isnin. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

VALLETTA (Malta): Tiada perubahan kedudukan kerusiTimbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, yang bermula 8 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seperti kelaziman perhimpunan agung parti sebelum ini, kedudukan kerusi Timbalan Presiden adalah bersebelahan kerusi Presiden.

"Timbalan presiden mesti didudukkan di sebelah kanan presiden. Naib presiden satu mesti didudukkan di sebelah kanan timbalan presiden begitu juga naib-naib presiden lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia ketika mengulas mengenai kedudukan susun atur kerusi kepimpinan Umno berikutan situasi semasa selepas menghadiri majlis penutupan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di sini, Isnin.

Ahmad Zahid berkata kedudukan itu mestilah dihormati oleh semua pihak kerana ia merupakan hieraki dalam parti.

Beliau juga menegaskan Umno sebuah parti dinamik yang mendengar pandangan pelbagai tokoh atau mereka yang pernah menjadi tokoh di dalam Umno.

Namun, beliau melihat masalah ketidak adilan berlaku apabila keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti terhadap seseorang dalam parti, dianggap sebagai suatu penganiayaan.

"Namun, yang penting ialah kebersamaan mendukung kepimpinan. Perbezaan pendapat biarpun diraikan, akhirnya Umno diperkukuhkan...pemimpin itu hendaklah diberi sokongan sepenuhnya," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, apabila sesuatu keputusan itu dibuat, ia perlu dihormati dan semangat itu harus ada pada kepimpinan Umno sama ada di peringkat nasional, negeri, bahagian atau akar umbi.-Bernama

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan