Tiada Jangkamasa Ditetapkan Untuk Siasatan 1MDB - Nancy

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menetapkan sebarang tarikh untuk menyelesaikan siasatan isu berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata, pasukan petugas khas masih dalam proses melengkapkan siasatan dan proses berkenaan akan selesai setelah keterangan kesemua saksi dirakam dan dokumen berkaitan diperoleh.

"Memandangkan kes ini melibatkan ramai saksi dan dokumen yang banyak termasuk yang berada di luar negara, maka tiada jangka masa ditetapkan untuk penyelesaian.

"Hasil siasatan pasukan petugas khas akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Datuk Zainuddin Ismail (BN-Jelebu) dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat pada Isnin.
 
Zainuddin meminta kerajaan menjelaskan status terkini pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan Pejabat Peguam Negara bagi menyiasat kes 1MDB dan bilakah pasukan ini dijangka menyiapkan laporan mereka.

Selain itu, beliau ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang untuk membentangkan hasil laporan itu ke Parlimen.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Nancy Shukri

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan