Ritual 'Monolog' Dilakukan Sebelum Pendakian Gunung Kinabalu Dibuka Esok

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 11:07 AM

Ritual posogit yang dilakukan selepas berlaku gempa bumi di Gunung Kinabalu oleh dukun dan penduduk tempatan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Satu ritual yang dipanggil  ‘monolog’ telah diadakan di kawasan Timpohon pada Ahad sebelum laluan pendakian baharu untuk ke puncak Kinabalu mula dibuka kepada pendaki Selasa.

Pengurus Taman Daratan Taman-Taman Sabah Maipol Spait berkata, monolog merupakan satu upacara ritual yang dilakukan oleh Majlis Penasihat Adat Istiadat Gunung Kinabalu bagi memohon keselamatan dan ketenangan daripada penjaga gunung.

"Ia adalah kepercayaan dan adat istiadat bagi komuniti di Gunung Kinabalu.

"Tujuan monolog ini diadakan adalah untuk memohon kebenaran daripada penjaga gunung bagi memastikan keadaan gunung selamat dan aktiviti pendakian berjalan lancar apabila ia dibuka kepada pendaki esok," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Maipol berkata upacara itu dibuat dengan menggunakan tujuh ekor ayam putih yang disembelih, tujuh helai daun sirih, tujuh biji puah pinang dan beberapa lagi bahan lain, juga dengan kiraan tujuh.

Upacara yang berjalan selama lebih kurang satu jam bermula pukul 7 pagi itu diketuai oleh seorang bobolian (dukun) dari Kampung Bundu Tuhan bersama beberapa ahli penasihat.

"Selain tujuan keselamatan, ia juga dipercayai dapat memberikan keyakinan dan mengembalikan semangat penduduk dan komuniti di Kinabalu terhadap gunung itu yang terjejas akibat gempa bumi yang mengejutkan mereka," katanya.

Menurut Maipol, beberapa hari selepas kejadian gempa bumi 5.9 skala Richter Jun lalu, upacara ritual yang dipanggil ‘Posogit’ telah diadakan bertujuan menyeimbang dan mententeramkan 'penjaga' gunung Kinabalu.

Upacara itu menyaksikan seekor kerbau dikorbankan untuk dipersembahkan kepada ‘penjaga’  bagi memulihkan kesan 'kemudaratan' Gunung Kinabalu berikutan beberapa perlanggaran adat di kawasan itu, antaranya kejadian pelancong asing berbogel.

Mengulas lanjut, Maipol berkata selepas upacara monolog, satu pasukan pendaki telah memulakan pendakian ke gunung Kinabalu dari Timpohon bagi membuat pemeriksaan terakhir sebelum trail dibuka secara rasmi.

Pasukan itu terdiri daripada 12 Ahli Jawatankuasa Restorasi Gunung Kinabalu daripada pelbagai agensi, pihak media dan komuniti seperti malim gunung serta pegawai dari TTS.

"Mereka dijangka turun hari ini (Isnin) sebelum laluan baharu dibuka secara rasmi esok (Selasa)," katanya.

Beliau menambah, dari segi keselamatan prosedur operasi standard (SOP) pendakian telah ditambah baik termasuklah dengan mengambil langkah mengurangkan jumlah pendaki dan menambah baik kelengkapan penyelamat.

Trail baharu untuk ke puncak Kinabalu siap mengikut perancangan dan akan dibuka untuk aktiviti pendakian selepas ia mengalami kerosakan dan ditutup hampir enam bulan ekoran tragedi gempa bumi.

Upacara pelepasan akan dilakukan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Dalam kejadian menyayat hati itu, seramai 18 orang telah terkorban termasuklah empat malim gunung.

Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu , Ritual Monolog

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan