Wan Azizah: Khairuddin 'Bertaubat' Kerana Denggi

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 6:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sokongan secara tiba-tiba Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berpunca daripada pengalamannya sendiri dalam penjara, dakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu yang ditahan bersama peguamnya, Matthias Chang kerana membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara mungkin telah "bertaubat" selepas jatuh sakit di dalam penjara.

Khairuddin dikenali sebagai menyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat Anwar pada 1998.

Anwar telah dipenjarakan atas tuduhan liwat.

"Apabila dia (Khairuddin) masuk penjara, dia mesti telah bertaubat selepas ditangkap dan terkena denggi," kata Ketua Pembangkang itu kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Sebelum ini Khairuddin dilaporkan berkata bahawa pembebasan Anwar daripada Penjara Sungai Buloh itu penting kerana beliau dapat berperanan sebagai ketua pembangkang yang efektif untuk negara.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan