Kedah Tanya Jawatankuasa Fatwa Isu Jual Vape

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri sama ada mahu mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape), kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Beliau berkata walaupun Kedah telah mengharamkan vape, namun kerajaan negeri tidak akan tergesa-gesa mengharamkan penjualannya.

Katanya langkah awal yang akan diambil ialah memberi amaran dan penerangan mengenai penjualan vape.

"Mungkin kita terangkan dulu. Misalnya yang bercadang meniaga vape jangan meniaga, yang sudah cadang berniaga fikirlah mengenai cadangan lain, sementara yang sudah berniaga, jangan perkembangkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Sebelum ini Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyarankan supaya kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape dan kayu shisha agar sejajar dengan keputusan mengharamkan menghisap vape dan kayu shisha.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 November lalu memutuskan hukum menghisap vape dan kayu shisha adalah haram kerana akan menyebabkan kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.

Mohd Rawi berkata beliau juga akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk memberi penerangan kepada peniaga vape berkenaan pengharaman tersebut.

"Ini adalah masalah hukum. Bila kita bagi amanah kepada jawatankuasa yang menjaga hal ehwal agama dan apabila jawatankuasa putuskan ia tidak boleh, kita kena reda dengannya," katanya.

Beliau berkata fatwa pengharaman masih menunggu untuk digazet sebelum langkah penguatkuasaan boleh diambil di bawah Undang-Undang Jenayah Syariah.

Tags / Kata Kunci: Vape , Fatwa

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan