Saya Tidak Lari Dari Malaysia - Charles

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Charles Suresh Morais menafikan bahawa dia melarikan diri selepas membuat pendedahan akuan berkanun (SD), dan  berkata tiada apa yang boleh dilakukan di Malaysia selepas hasratnya untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat abangnya tidak berjaya.

Charles merupakan adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang dibunuh telah meninggalkan Malaysia selepas membuat pendedahan SD berkaitan pembunuhan abangnya itu.

Katanya, dia sedang memikirkan sama ada mahu mengeluarkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memanggilnya 'pengecut'.

Jelas Charles, dia tidak melarikan diri, tetapi mengakui tidak ada apa yang tinggal lagi di Malaysia selepas mayat Kevin telah dituntut dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur minggu lalu.

Keluarga Morais menyimpan mayat Kevin sejak September dan permintaan untuk menjalankan bedah siasat kedua telah ditolak selepas mendakwa laporan bedah siasat pertama 'tidak jelas'.

Walau bagaimanapun, adik bongsu Kevin, Datuk Richard, telah menuntut mayat tersebut pada Isnin lalu, hari yang sama anggota keluarga menfailkan permohonan mahkamah untuk melakukan bedah siasat kedua.

Tidak ada penjelasan mengenai apa yang telah dilakukan ke atas mayat walaupun ahli keluarga percaya ianya telah dibakar.

"Jadi untuk apa saya tinggal (di Malaysia)? Mayat sudah tiada.

"Satu-satunya alasan kenapa saya berada di Malaysia ialah untuk mendapatkan bedah siasat kedua," jelas Charles, 52, kepada The Star selepas tiba di Atlanta, Georgia, pada Ahad.

Charles yang tinggal di Atlanta, Georgia menimbulkan kekecohan pada Rabu lalu apabila dia mengeluarkan akuan SD mendakwa pembunuhan abang ada kaitan dengan  pegawai tertinggi kerajaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada Charles supaya menyediakan bukti bersama tuduhan itu dan berkongsi maklumat dengan polis.

"Kami tahu siapa Charles Morais dan latar belakangnya. Kita tahu apa yang berlaku apabila dia pergi ke Amerika Syarikat," kata Khalid.

Pada Ahad,  Khalid berkata polis akan memanggil peguam Charles 'Americk Sidhu untuk membantu dalam mengesan anak guamnya itu.

"Kami telah menghubunginya dan dia akan datang untuk membantu kami dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya selepas menghadiri majlis penutup Kejohanan Karate Piala Ketua  Polis Negara pada Ahad.

Tags / Kata Kunci: Charles Suresh Morais , Atlanta

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan