Adun Tanjung Bungah, Exco Kerja Raya Kalah Dalam Pemilihan DAP

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 7:27 AM

Teh Yee Cheu

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng kalah dalam pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang, pada Ahad.

Teh, yang kelihatan cuba mengawal emosi, berkata beliau menghormati keputusan perwakilan dan menerimanya dengan hati terbuka.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas ketika ditanya sama ada kegagalan dalam mempertahankan jawatannya itu disebabkan tindakannya menyokong usul Adun BN, meminta supaya diadakan sesi pendengaran awam mengenai tambakan tanah di negeri ini pada sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru ini.

"Perwakilan telah membuat keputusan mereka dan saya hanya boleh menghormati keputusan pemilihan hari ini," katanya kepada pemberita selepas pengumuman pemilihan baharu jawatankuasa parti negeri sempena Konvensyen Biasa DAP di sini.

Teh hanya mendapat 190 undi daripada 760 undi pada pemilihan bagi penggal 2015-2017.

Sementara itu, Adun Bagan Ajam, Lim Hock Seng, Adun Sri Delima, RSN Rayer, Adun Komtar, Teh Lai Heng dan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Harvindar Singh juga gagal mempertahankan jawatan mereka.

Lim hanya sekadar meraih 216 undi manakala Rayer (225), Teh (239) dan Harvindar (147) pada pemilihan kali ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow danExco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berjaya mempertahankan jawatan mereka sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi negeri selepas masing-masing mendapat 654 dan 537 undi.

Bagaimanapun, Lim, Rayer, Gooi Seong Kin, Jeffrey Chew dan Syerleena Abdul Rashid telah dilantik oleh pengerusi untuk menduduki jawatankuasa negeri yang baharu itu.

Pengerusi mempunyai kuasa untuk melantik lima anggota ke dalam jawatankuasa negeri itu.

Pengerusi: Chow Kon Yeow 

Timbalan Pengerusi:Jagdeep Singh Deo  

Naib Pengerusi: Prof. P.Ramasamy dan Zairil Khir Johari

Setiausaha: Lim Hui Ying

Penolong Setiausaha: A. Tanasekaran

Bendahari: Law Heng Kiang

Penolong Bendahari: Jeffrey Chew

Setiausaha Organisasi: Wong Hon  Wai

Penolong Setiausaha Organisasi: Lay Hock Peng dan Goh Choon Keong

Setiausaha Publisiti: Ng Wei Aik

Penolong Setiausaha Publisiti: Syerleena Abdul Rashid 

Pengarah Pendidikan Politik: Steven Sim.

Ahli Jawatankuasa: Lim Siew Khim, Soon Lip Chee, Phee Boon Poh, RSN Rayer,Gooi Seong Kin dan Lim Hock Seng.

Tags / Kata Kunci: Teh Yee Cheu , Exco Kerja Raya , DAP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan