Penternak Ikan Rugi RM100,000

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 8:59 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pengusaha ternakan ikan di Kinabatangan, dekat sini terkejut apabila menemui kira-kira RM100,000 nilai ikan yang dipelihara dalam sangkar mati.

"Kami dapat rasakan sesuatu yang pelik berlaku dan apabila subuh keesokannya, kebimbangan kami benar-benar berlaku apabila semua ikan ditemui dalam keadaan terapung," kata Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Mumiang, Mada Hussin.

Semua ternakan dipelihara dalam 50 sangkar. 

Kampung Mumiang terletak di muara Sungai Kinabatangan, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan bot laju dari Sandakan.

Kata Mada, penternak ikan yang semuanya melibatkan 50 keluarga di situ kerugian apabila ikan kerapu dan jenahak yang dipelihara mati.

"Kami mahukan penjelasan pihak berkuasa. Kami mahu tahu apa puncanya dan mahukan pampasan atas kerugian yang dialami," katanya.

Penduduk kampung itu berkata, mereka selalunya akan menyimpang sebahagian ikan untuk kegunaan sendiri dan menjual bakinya.

"Tetapi kali ini kami kehilangan semuanya," katanya.

Katanya, semua penternak menunggu keputusan ujian yang dijalankan Jabatan Perikanan dan faktor pencemaran air dipercayai menjadi punca kejadian itu.

"Kami terakhir kami kerugian ternakan dalam jumlah yang banyak kira-kira empat tahun lalu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kinabatangan , kerapu

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan