Penduduk Kampung Ikuti Latihan Kecemasan, Bentuk Pasukan Bantuan Banjir

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 11:08 AM

Penduduk Kampung Laloh mendengar penerangan petugas Mercy Malaysia, Nor Azam berkaitan persiapan menjelang banjir.

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Pengalaman pahit akibat banjir besar yang mengakibatkan ramai penduduk terperangkap, takut dan menahan kelaparan ada kalanya membawa kesan baik hingga mendorong merangka pelan sebagai persediaan jangkapanjang.

Itulah yang dilalui penduduk Kampung Laloh di sini apabila mereka membentuk pasukan penyelamat sendiri melibatkan kira-kira 30 penduduk kampung itu.

Hasil usaha bersama, misi mereka dilengkapi dua bot berukuran hampir empat meter sebagai tambahan kepada tiga bot kecil milik penduduk dan 30 jaket keselamatan.

Ahli pasukan itu turut dilatih cara mengendali bot ketika arus kuat dan kaedah menyelamat dalam air.

Semua yang terlibat juga mengikuti latihan kemahiran rawatan kecemasan.

Khusus untuk musim banjir kali ini, mereka menyediakan beg yang lengkap dengan makanan dan barang keperluan yang cukup untuk bekalan beberapa hari.

Selain itu, pasukan itu juga menyediakan sistem amaran bagi memaklumkan penduduk supaya meninggalkan rumah masing-masing dan bergegas ke tempat selamat apabila banjir melanda kampung mereka.

Pada musim tengkujuh Disember tahun lalu, hampir keseluruhan Kampung Lalu dipenuhi air, manakala pusat pemindahan yang disediakan juga dilanda banjir hingga menyebabkan penduduk panik apabila terpaksa dipindahkan sekali lagi.

Akhirnya, hampir semua 2,000 penduduk kampung itu terpaksa bersesak di sebuah sekolah.

Daripada 530 rumah di kampung itu, 433 musnah atau dibawa arus, manakala 150 kereta dan 300 motosikal rosak teruk.

Kini, pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Mercy Malaysia membantu menyiapkan pelbagai kelengkapan untuk penduduk tempatan termasuk bot, alat komunikasi dan kemahiran ikhtiar hidup.

Antara 15 hingga 18 Oktober, sembilan wakil kampung dan 21 lagi dari Kampung Manjur, Kampung Pemberian dan Kampung Karangan dibawa ke UPSI, Tanjung Malim untuk mengikut latihan.

"Mereka dibawa berakit di kawasan arus deras Sungai Sungkai, juga melatih mereka cara menyelamat diri dalam air dan menyelamatkan orang," kata salah seorang pelatih UPSI, Mohamad Hairi Abu Hasan.

Pengarah UPSI, Dr Mastura Muhammad berkata, penduduk kampung berkenaan juga diajar bagaimana merawat luka kecil.

Semua penduduk terbabit kemudiannya pulang ke kampung masing-masing dan menyalurkan ilmu yang diperoleh kepada penduduk kampung mereka.


Tags / Kata Kunci: Kampung Laloh , UPSI , banjir

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan