Majlis Khatan Perdana Pekan Catat Rekod Malaysia Book Of Records

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 3:19 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Anggota Parlimen Pekan menyembur air ke arah kanak-kanak yang akan berkhatan simbolik Khatan Perdana Parlimen Pekan, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Majlis Khatan Perdana yang disertai 1,201 kanak-kanak pelbagai peringkat usia anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pekan hari ini, mencipta sejarah baharu Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai peserta paling ramai bagi acara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Anggota Parlimen Pekan, menandatangani sijil pengiktirafan itu yang diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif MBOR Datuk Michael Teo pada majlis yang berlangsung di Dewan Konvensyen Pekan di sini.

Rekod baharu itu sekali gus memecahkan rekod selama 13 tahun yang dicatatkan di Shah Alam, Selangor dengan penglibatan 1,000 kanak-kanak.

Najib dalam ucapannya merakamkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang membenarkan anak mereka menyertai majlis yang bermula sejak Khamis lalu, sehingga membolehkan rekod baharu dicipta.

Beliau turut menasihatkan kanak-kanak yang akan menjalani proses berkhatan itu supaya menguatkan semangat apabila berhadapan dengan 'tok mudim', iaitu 100 doktor dan jururawat dari Hospital Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur yang menjalankan prosedur khatan itu.

"Dahulu tok mudim ini memang famous. Satu kampung kenal dan tahu macam-macam cerita. Tapi saya tidak mahu cerita kerana nanti budak-budak takut pula.

"Tapi kini (berkhatan) sudah tidak menakutkan. Sudah ada teknologi canggih dan lebih mudah. Insya-Allah tidak seperti dulu," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan replika cek bayaran hasil Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bagi 2015 berjumlah RM5.55 juta kepada wakil penanam kenaf Abdul Razak Yaakob yang akan dibayar kepada 913 penanam kenaf di seluruh negara.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Majlis Khatan Perdana , Pekan , MBOR

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan