Konvensyen DAP P.Pinang Dicemari Demonstrasi Bantah Guan Eng

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 12:55 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

GEORGE TOWN: Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 dicemari oleh sekumpulan 20 lelaki yang membuat demonstrasi di hadapan sebuah hotel di Bukit Jambul di sini tempat konvensyen itu sedang berlangsung.

Kumpulan itu yang memberi sokongan kepada Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow supaya menggantikan jawatan Ketua Menteri yang disandang Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, telah berkumpul seawal 9 pagi.

Difaham, mereka hanya berkumpul kurang daripada lima minit dengan memegang sepanduk yang menyokong Chow antaranya bertulis 'Chow Kon Yeow Chief Minister of Penang, We Want You', 'Anak Negeri Pulau Pinang Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang' dan 'Lim Guan Eng Balik Melaka.'

Kumpulan yang sama dipercayai berkumpul di Kompleks Tun Razak petang Sabtu untuk memberi sokongan kepada Chow dan membantah kepimpinan Guan Eng.

Bagaimanapun, Chow dalam ucapan konvensyen hari ini menyatakan sokongan parti DAP kepada Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang memimpin Pulau Pinang sejak 2008.




Tags / Kata Kunci: DAP , Chow Kon Yeow , Lim Kit Siang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan