Kementerian Kesihatan Sambut Baik Larangan Jual Vape Di Johor

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 4:12 PM

Rokok elektronik atau vape.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menyambut baik titah perintah Sultan Johor yang melarang penjualan rokok elektronik atau vape di negeri itu bermula 1 Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, titah Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar itu disifatkan selari dengan hasrat Kementerian Kesihatan untuk menurunkan peratusan mereka yang menghisap rokok termasuk rokok elektronik.

"Perkara ini disambut baik oleh Kementerian Kesihatan kerana menyedari negatif penggunaan rokok eletronik ini mengambil masa bertahun-tahun dan tindakan perlu diambil sekarang untuk menghentikan tabiat itu.

"Semoga dengan titah ke bawah Duli Tuanku berkaitan perkara ini, kesihatan rakyat di negeri Johor akan semakin meningkat dan dicontohi oleh negeri-negeri lain," katanya.

Pada Ahad, The Star melaporkan Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vape ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman," titah baginda.

Tags / Kata Kunci: Subramaniam , vape , rokok elekronik , Sultan Johor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan