Titah Sultan Johor Berhubung Larangan Jual Vape Akan Dibincang - Exco

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 4:43 PM

vape
(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Isu mengenai penjualan peranti dan produk rokok elektronik atau vape akan dibincangkan dalam mesyuarat exco Johor akan datang, kata Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim.

Beliau berkata, ia terpulang kepada pihak Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat bagi menyediakan dokumen dan kertas kerja untuk dibawa ke dalam mesyuarat.

"Biasanya kita mengadakan exco minggu pada setiap Rabu dan kita akan membincangkan perkara tersebut sekiranya exco berkenaan membangkitkannya.

"Jika tidak, kita akan menetapkan ke satu tarikh yang lain bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan lain sebelum membincangkan perkara tersebut," katanya di Kota Iskandar di sini, Ahad.

Dilaporkan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menintahkan perintah larangan penjualan peranti vape di negeri itu bermula 1 Januari tahun depan, dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis untuk menamatkan operasi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata, beliau akan membawa perkara berkenaan ke mesyuarat exco akan datang memandangkan ia melibatkan pelesenan kedai, yang berada di bawah portfolio beliau.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti undang-undang baharu berhubung akta lesen oleh majlis tempatan dalam melarang penjualan produk vape di premis.


Tags / Kata Kunci: rokok elektronik , vape

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan