Graduan UiTM Juara Piala Seri Endon 2015

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 8:29 PM

Pengerusi Yayasan Penyayang Nori Abdullah (dua, kiri) menyampaikan piala kepada Amirul Fadzuan (tiga, kiri) yang memenangi tempat pertama Piala Seri Endon 2015. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Percubaan kali kedua Amirul Fadzuan Shaharom menyertai pertandingan rekaan batik Piala Seri Endon 2015 berbaloi apabila dinobatkan juara kategori fesyen dengan membawa pulang RM30,000 berserta trofi.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mencuba nasib tahun ini bersama adiknya Farah Natasha, 23, dengan membawa inspirasi batik yang diilhamkan ketika menjalani latihan industri di New York beberapa tahun lepas.

"Kali pertama saya sertai pertandingan ini pada 2010 tetapi tidak berjaya memenangi sebarang hadiah, namun kali ini saya cuba lagi dengan hasrat mahu bawa batik ke luar negara.

"Saya buat kajian dahulu, ambil pengajaran daripada penyertaan sebelum ini," kata anak muda berusia 27 tahun itu.

Pereka fesyen yang bergandingan bersama adiknya yang mengusahakan perniagaan perhiasan perkahwinan itu memenangi kategori itu melalui rekaan yang dinamakan 'Energy Endurance'.

Tempat kedua kategori fesyen dimenangi Kumpulan Fazosinn dengan motif Alam Kala Malam yang meraih wang tunai RM10,000 dan trofi manakala tempat ketiga diraih kumpulan Fiq Bah X P.P.Y dengan tema Seni Nusantara yang meraih RM5,000 berserta trofi.

Kesemua pemenang kategori itu adalah antara 12 finalis bagi pertandingan yang kini memasuki tahun ke-13 penganjurannya.

Tempat pertama kategori kraftangan pula dimenangi kumpulan Kinraliz dengan tema 'Art on Leather' manakala Kamaliah Ismail pula mengungguli kategori kemasan lembut.

Kumpulan Kinraliz dan Kamaliah, masing-masing membawa pulang wang tunai RM30,000 serta trofi. Kesemua hadiah disampaikan Pengerusi Penyayang, Nori Abdullah.

Pertandingan tahunan itu terbuka kepada penyertaan individu atau kumpulan yang terdiri daripada empat anggota berusia 18 tahun dan ke atas. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan