BN Lancar BNI Tahun Depan Untuk Generasi Muda Faham Dasar Negara

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 7:30 AM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ke arah usaha menarik generasi muda, Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu membawa kembali parti pemerintah ke landasan sederhana dengan melancarkan Institut Barisan Nasional (BNI) awal tahun depan.

Memberi penegasan terhadap dasar tanpa ada elemen retorik, Pengarah Komunikasi Strategik BN ini berkata, institut itu tidak akan menyentuh mengenai perkara-perkara yang dianggap sensitif kepada orang ramai.

"Saya percaya dalam usaha kita untuk bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara, kita perlu kembali kepada asas-asas dalam politik iaitu dasar awam. Polisi saya terhadap anda.

"BNI tidak akan bercakap tentang empat R. Kita tak bercakap mengenai bangsa, tidak bercakap mengenai agama, kita tidak bercakap mengenai kerajaan memerintah dan kita tidak bercakap mengenai wilayah.

"Kita mahu bercakap tentang perkara-perkara dasar dan dasar-dasar BN adalah jauh lebih baik daripada pembangkang," katanya kepada The Star dalam temu bual di sini.

Beliau berkata, institut itu akan melibatkan golongan berpendidikan, mereka yang berusia bawah 40 tahun yang boleh bercakap yang boleh berbincang mengenai perkara-perkara dasar di peringkat negeri dan persekutuan tanpa mengira latar belakang kaum.

"Ia akan menjadi sesuatu yang membosankan, tetapi ia akan dinyatakan dengan betul dan mereka akan diberi pendedahan media secukupnya.

"Berbanding ahli-ahli politik yang bercakap mengenai dasar-dasar, ia akan dilakukan oleh generasi muda berbangsa Cina, India, Melayu, Dusun, Murut yang akan bercakap tentang perkara ini," katanya.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kumpulan itu akan melibatkan diri secara aktif berkaitan pembangkang di mana mereka akan meneliti prestasi di negeri-negeri pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

"Saya tidak fikir orang faham dan sedar bahawa beberapa dasar mereka agak buruk dan kita ingin memberitahu seluruh dunia bahawa apabila anda ingin menjadi kerajaan pusat, anda perlu terlebih dahulu merasai polisi anda di peringkat negeri.

"Oleh itu, apabila saya berhujah dengan anda, ia akan menjadi perkara dasar," katanya.

Abdul Rahman berkata beliau mengilhamkan idea ini berikutan kebimbangan beliau tentang keadaan politik baru-baru ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan