Agong, Najib Beri Penghormatan Terakhir Kepada Raja Muda Kedah

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 9:15 PM

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit pada Ahad. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah memberi penghormatan terakhir kepada Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mangkat awal pagi Ahad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba di Alor Setar kira-kira 1.30 tengah hari turut memberi penghormatan terakhir di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit.

Almarhum Tunku Abdul Malik, 86, yang juga adinda kepada Yang di-Pertuan Agong mangkat akibat gering.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, para kerabat, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan orang kenamaan negeri.

Sejak pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang, orang ramai mula berada di  Istana Anak Bukit untuk memberi penghormatan terakhir disusuli sesi penghormatan oleh para kenamaan sehingga pukul 3.30 petang.

Kemangkatan Tunku Abdul Malik menyusul lebih dua bulan selepas kemangkatan isteri baginda Raja Puan Muda Kedah, Tunku Hajah Raudzah Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah pada 21 September lepas.

Selepas selesai acara memberi penghormatan terakhir, jenazah Almarhum dibawa dengan pedati khas melalui Lebuhraya Darulaman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar menuju Makam Diraja Langgar untuk dimakam.

Terdahulu solat jenazah diimamkan Timbalan Mufti Kedah Syeikh Marwazi Dziyauddin.

Sementara bacaan talkin disempurnakan Mufti Negeri Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad sebelum jenazah Almarhum selamat dimakamkan tepat pukul 6 petang.

Turut berada di Makam Diraja Langgar ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, anggota kerabat diraja, menteri besar, barisan exco kerajaan negeri dan orang kenamaan. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan